Alhamd Lillah.
Saya diberi peluang untuk melakukan hijrah. Dari negara khatulistiwa Malaysia, ke bumi timur tengah Mesir. Ujian hari esok atau lusa. Masih memakai topeng misteri. Hatta Sherlock Holmes pun tidak dapat menduga apa yang akan berlaku pada hari esok.
Dalam sebuah hijrah. Ada perkara yang boleh dilakukan. Dengan hati sahaja. Atau dengan amal. Ataupun dengan kedua-duanya sekali.
Buat Maal Hijrah ini. Saya cuba optimiskan diri supaya sama kita mencapai dunia yang tidak bergelar Utopia. Tapi sebuah realiti indah. Adi indah. Dunia yang lebih harum nuansanya. Dunia yang pasirnya selemak sagun. Awannya seputih kasih rahmat kepada manusia.
Hijrah hati ramai yang setiap hari menggariskan impian di hujung harinya, dia akan jadi lebih baik. Tapi, ia tidak berlaku bila petang harinya menjelang. Dia akan mula menyedarinya, bila di tengah hari tiba. Dan dia masih tidak melakukan apa-apa.
Bersambung kemudian....
0 comments:
Catat Ulasan