Rabu, Disember 07, 2011

RED carpet dan anak-anak tangganya

Saya sangka sebelumnya begini,
Tapi rupanya begitu.

Sepuluh ciri yang seorang muslim sejati miliki

Selama ilmu yang ada, saya cuma menyangka dalam dunia pengabdian pada Allah terserah pada 3 kelas. Muslim, mukmin dan muhsin.

Muslimnya seseorang bila dia melafaz kalimah dua yang keramat. Bonded to the oath. "I bear witness that there is none worthy of worship except Allah and I bear witness that Muhammad is His servant and messenger". But in order to be a real muslim, satu hadith telah disabdakan oleh baginda.
المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده
"Seorang muslim itu [dianggap muslim] apabila di memberikan [rasa] keselamatan ke atas orang muslim yang lain dengan percakapan lidahnya dan kudrat tangannya".
Jadi, pasti beratkan?. But roughly, kita faham bahawa untuk menjadikan kita cukup baik morally. Melayan semua dengan adil, itu cukup.

Mukmin pula datang setelah itu. Menamun *huh, bahasa apakah ini?*. Namun, hakikat ini diterang cukup mendalam. Carikan index al-Mukminun 23: 1-9. Juga cari al-Anfal 8: 2-4. Nah, heavy duty punya. Tapi cukup untuk kita katakan di sini, hanya orang yang hatinya terisi dengan ketuhanan dan kebaikan. Serta mengamalkan Amal-amal yang difardhukan ke atas pundak sendiri.

Muhsin pula muncul setelah itu. Tidak ada bahasa yang dapat si penulis gambarkan personaliti seorang muhsin melainkan sepotong hadith yang nabi tuturkan pada 1400 yahun lalu.
الإحسان أن تعبد الله كأنك ترتاه، فإن لم تكن تراه فإنه يراك
al-Ihsan itu ialah "apabila engkau terasa beribadah seperti engkau melihat Allah, sekiranya tidak [merasa] melihat Allah maka seolah-olah merasai Allah melihat engkau".
Kalau idak pun, cuba belek ayat nih ali Imran 3: 133-136. Selama ini, saya menganggap cuma sampai ke tahap ini. Pun begitu, terasa terlalu jauh untuh saya main kejar-kejar dengan iman sampai boleh gapai ke tahap ini. Tapi, rupanya ada lagi.

Taqwa. Datang. Saya tidak berapa arif tentang ini. Lagipun saya baru tahu tentang tahapan-tahapan ini. Saya cuba spill juga ya!. Bila mana rasanya kita beramal dengan sembunyi. Kita melakukan amal tanpa sesiapa pun yang tahu. Nak berbunga, berbungalah dengan tuhan. Itu cukup. Seperti amalan puasa. Kalau budak umur 7 tahun *baru nak belajar puasa* korek hidung, kemudian makan tahi hidung. Padahal dia tahu ia membatalkan. Siapa yang tahu?.

Tapi, yang buat dia hanya menjentik "ia" pergi adalah taqwa. *Even though, what a disgusting example =.=" Sorry*.

Serupa macam qiamullail. Who knows?.

Takde orang yang nak buat-buat dengkur sepanjang malam untuk perhatikan kita bangun malam ke tak. But Allah knows, rite?^^.

Syukur. The ultimate and the owesomest!. Nabi once said:
أفلا أحب أن أكون عبدا شكورا؟
Adakah menjadi satu kesalahan untuk aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?
Tak salah, sikitpun tak salah *siapa kata salah meh sini aku lempang sampai jadi lempeng*. Saya cuba kaitkan ya. Nabi menyatakan perkataan syukur di situ. Kerana bagindalah orang yang paling tinggi martabatnya. Maka senang saya nak kata ini martabatnya yang tertinggi.

Sebenarnya banyak yang perlu saya masukkan jigsaw puzzle missings. Tapi, saya masih kekurangan amal, iman dan apatah ilmu. Selamat beramal!
[Kredit "Ucapan Alu-aluan Ust Abdullah Tahmin"]

0 comments:

Sups Keraip!