Ahad, Disember 04, 2011

Mentera

M. Nasir - Mentera Semerah Padi.mp3 bertalu di telinga. Kejap ditukar ke Malique ft. M. Nasir - Mentera Beradu.mp3. Oh rapnya takleh blah. Semua. Mujur tak masuk sekali Mentera Unjust Morrowe Mantera Anjasmoro.

Selingan tidak berbayar,
Kamu boleh skip dengan tekan bawah atau scroll aje je ke bawah *memangla, kau ingat aku lembab tak tahu ke apa?*. Saya sejak menulis Weblog Tutorial, semua saya jadi nak tulis dalam bentuk HTML. Aduh. Dah macam kena Daurah Javascript pulak.

Saya mahu bincangkan satu perkara di sini.
Bila dalam dunia reality, kita mahu berdakwah dengan kata-kata. Tak semua mampu mendengar. Tak semua mampu terima. Saya terkadang terfikir, kenapa sesetengah orang masih kalis walau sudah berbuih mulut. Saya akhirnya cuba fahami, there's must be a key.

Penceramah bebas biasanya akan tampil dengan kata-kata yang sungguh osemly charming. Tambah dengan gaya, lagi ilmu yang bukan sembarangan. Yokarimashta!!.

Buka pintu, kita keluar dari skop sekejap.
Kita bukan mahu jadi penderamah bebas.
Yang cuma mahu angkat tangan.
Berlepas dari kesalahan.

Kita mahu kerja yang efisyen.
Dengan senyum, orang boleh berubah.
Dengan soalan "Dah solat?".
Orang yang tidak kenal takbiratul ihram,
boleh rebah dengan tangisan.
"Maka ajarkan saya, bang".

Sebenarnya, saya boleh samakan dengan penggunaan mantera, spell atau apa sahaja yang anda mahu panggil. Yang paling power tahap GABAN pastilah yang highest class spell.

"Phap!"
Sebiru laut hitamnya dasar.
Memandikan matahari di senja.
Panchar purnama menjengah litup
Sang bintang terkapai.
Ku seru kudrat semesta.
Muncullah!
Muncullah!
Muncullah!
Naga berapi julang!
Muncullah untuk

Makan ais krim bersalut cokelat kacang denganku.
Muwahahaa!

(=.=") What the?..
*Ade jugak yang kena karate beckbone sampai patah kang*
Ini saja melawak. Sebenarnya hati manusia ada kuncinya. Mungkin semua yang kita katakan tidak dia diendahkan. Tapi, pasti ada satu perkataan yang bila disebut, dia menjeling di hujung mata. Atau pun gerakan biji matanya berubah ke atas, atau ke bawah.

Sesetengah orang, kuncinya bila kita sebut tentang mak ayah. Ada juga yang bila disebut DUIT!. Atau perkara tertentu.

Kisah nabi, dalam satu ketika. Sedang dalam majlis, baginda terdengar seorang sahabat berdoa. Banginda terkejut. Lantas baginda bertanya siapakah tuan punya doa itu. Setelah ditanya berkali-kali, seseorang mengakui. Dia lambat mengaku kerana membimbangi apakah dia sudah tersalah kata?. Maka baginda memberitahu bahawa, doanya itu doa yang hebat, kool dan osem. Baginda turut memberi saranan untuk terus mengamalkannya.

It's just like a trigger to something.
Kerana itu, kita perlu mengkaji. Mencari padanan yang sesuai to unlock the trigger.

"Enlgadio le viou sar!", dan bulu burung pun terbang apung.
*Ingat citer Harry Potter?*

Sasul sebut, tak akan jadi.

But, someone holds the key. No, The Master Keys. The Key Maker.
Keikhlasan adalah kualifikasi untuk meminjam master key. Bila hati kita ikhlas, semua sebutan kita macam nyanyian bidadari syurga yang sayup menusuk ke hati!. Cair lembut bak hawa peti ais yang berjatuhan ke lantai, perlahan.

0 comments:

Sups Keraip!