Jumaat, November 25, 2011

We didn't belong ourselves



Dua hari lepas time ngah semayang. Hontakku dihantuk sesuatu. Waktu tu tengah solat asar, munfaridan *sensorang*. Dua tiga orang mat salleh mengintai-intai.

"Wait a sec, his praying.. Muslim's prayer..", sabarnya mamat ni tunggu saya habis solat.

Saya sedang kerja di kedai *lokasi terpaksa dirahsiakan, lah sangat!~*. Menjaga kaunter, membantu membekalkan tangan ekstra kepada kawan saya, *kawan lah sangat!*. Mana jasa guru saya yang mampu saya balaskan, saya akan cuba. Suaminya membuka kedai runcit di KTM UKM *saya tak sebut*. Langsai hak tuhan, sambung kerja.

"I'm sorry for making you waiting so long..", pardon me.
Dia cuma senyum. Bayar. Sambung main story.

Saya cuma mahu membawakan apa yang hati saya pop out message. Tiba-tiba satu ayat quran menerpa. "Pek!", tepek atas muka.


2:29
It is He who created for you all of that which is on the earth. Then He directed Himself to the heaven, [His being above all creation], and made them seven heavens, and He is Knowing of all things.

Maaf kalau entri ini berbaur sangat ilmiah. Kalau terasa buhsan silakan skip aja *wink^^ *. Tapi, sesuatu telah datang dalam benak saya. Menyebabkan saya rasakan perlu berfikir berkali-darab. Sungguh benar, Allah ciptakan segala yang osem di dunia ni untuk semua.


Pernah fikir tak yang Allah ciptakan manusia juga untuk manfaat pokok. Bayangkan anda jadi baja yang ditabur tepi brokoli, ya gitu!. Ya! silakan buat V shaped smile dan berdiri di sebelah pokok^^. Buat wajah macam brokoli. Kiranya. Kiralah sendiri.


Maknanya, memang tiada satu peratus dalam satu saat itu milik kita. Macam tajuk berkata, "We didn't belong ourselves". Masa kita, tindakan kita, kekacakan kita, kekiutan kita, semua tidak hanya untuk kita seorang. Tapi, perlu dibahagikan untuk all the Smurfin' creatures in this universe. So think again when you ever want to say "Kubur asing-asing!". Hah, ko cuba larh mati, pastu gali kubur sendiri!. Mesra pis!  *iklan petronas*.


Bahkan dalam faraid, pernahkah ada faraid *peninggalan harta waris* untuk diri sendiri?. Semua untuk orang lain kan?. Buat kesekian kalinya saya terasa macam muka terseret atas jalan tar, bila ayat quran dalam dada datang mencantas tingkah laku saya sendiri. Allah.


Anda juga. Jum muhasabah. Walau anda berada di KL. Jadikan muhaKL *ahhaaa! lawwak saja waargh!*. Spoil mud sayu, eheh. Yang penting, waktu paling tulus untuk anda muhaselangor ke apa ke, adalah waktu pagi. Sebelum subuh mengusap ubun-ubun. Jangan jadi lebih lembik daripada ayam jantan!. Ayam jantan bangun sebelum subuh untuk berkokok tau. Sedangkan anda masih berdengkur di bawah sedar.


Allah lebih tahu.
Sekian.
Si Penyusun Kasut yang hina.
Yang kengkadang terpegang tahi.
Yang tercalit di selipar.
Yang disusunnya.
Wah 'harumnya'.
*silakan muntah hijau*


2 comments:

akhimuiz berkata...

lalala. da lama x menyergah blog org.
EEE.. apa ni? ikut stail APG?
peace.salam. ^_^

SiPenyusunKasut~ berkata...

It have become trendy la. Plus, it's environmentally-friendly. Penulis juga perlu gembira untuk menulis. Bukan sekadar pikir tentang pembaca yang gembira membaca....

Sups Keraip!