Isnin, November 14, 2011

Hopefully~

Dah solat Dhuha?.

Sesambil Elvis Presley- Little Less Conversation.mp3 menghentak gegendang telinga. Saya menulis lagi, untuk tatapan pembaca dan terutamanya tatapan bijik mata yang pertama menatap post ini yaitu mata saya sendiri agar mendapat ibrah.

Tajuk post berwirama semacam mengambil jari dan mengusap-usap jantung *touching*.Saya tersentuh dengan apa yang berlaku belakangan ini. Sudah lama tidak saya rasakan hati saya disapa kerendahan diri sebegini. Subuh tadi, saya mendaratkan kaki di stesen bas Kajang. Dari Kelante. Alhamulillah saya berpeluang untuk bersama adik-adik berprogram kepimpinan Nadwah. Melihat hati mereka yang muda, suci dan naif. Begitu tulus akan kebaikan. Saya rasa terharu *berikan saya tisu*.

Tambah macapada ini *tiba-tiba ayat gramatis tak kena tempat ni apsal? halohai*. Saya ditandang dengan pelbagai tujahan pendapat tentang Web Log saya. Saya kembali merasai bahawa saya bukan the man of god. Kadang bila ilmu yang tersemat di dada, tambah pula dengan bibir yang pandai berkata-kata, tambah LAGI dengan ayat-ayat Quran yang serba hoh osem! dihafal. Terasa sangat berkeyakinan. Tapi, sumber keyakinan bukanlah Allah, tapi bersumber segala variasi kelebihan yang sebenarnya sifat riyak laknatullah. Aduh, terbenam ke kerak bumi. Lebih jauh dari langit dan bumi.


Dalam program Nadwah Kepimpinan tu, saya diatur qada' & qadar Allah agar menjadi fasilitator. Pagi seperti biasa. Malam pertama, saya bangun qiam untuk hirasah [berkawal] jam empat. Sepatutnya saya mula hirasah jam tiga *hehe maaf ya Akhi Uzair, saya tak sharp masa*. Lantas, saya terus meronda.

Teringat kisah. Salahuddin Al-Ayyubi *atau siapa ya? tak berapa ingat. Tolong saya, tinggalkan dalam komen untuk saya ubah kembali*. Meronda khemah tenteranya sebelum subuh. Melihat semua khemah sudah menyala *bukan lampu pendaflour, tiba-tiba je*. Tapi dalam bebanyak khemah tu, ada satu khemah yang tidak menyala *maknanya tak bangun qiamullail*. Lantas beliau berkata.
"Seandainya kita tewas dalam medan perang hari ini, merekalah puncanya", begitu menitik beratkan qiamullail.
Dalam saya meronda *sambung kisah saya pulak*. Ada beberapa bilik yang tidak menyala, saya intai tingkap semua masih belum bangun. Termasuk perserta dari sekola saya *junior saya*. Sedikit sedih hati saya melihat. Untuk pengetahuan semua, program ini gabungan sekolah rangkaian sistem MUSLEH, dan pesertanya cuma mereka yang akan memimpin sekolah ataupun yang memang sudah memegang jawatan di sekolah. Tapi, ada yang tidak bangun qiamullail.

Saya terfikir sejenak, apa yang Naqib saya rasa ya bila dia melihat saya tidak bangun qiamullail?. Pasti sedih juga ya *sangat-sangat sedih*, bagaimana seorang yang lancang melaung dakwah tapi tidak berbekal dengan amalan.

Dalam kisah perbualan Pakcik Sihab [As-Syahid Imam Hassan Al-Banna], dengan seorang ulama. Ulama itu melihatnya berdakwah, maka ditanyanya kepada Si Pakcik Sihab.
Kamu bangun qiamullail?
Pakcik Sihab mengangguk. Maka Si ulam raja Ulama' berkata.
Yang membezakan kamu dengan pendakwah lain adalah amal soleh
Saya terfikir, ada benar juga. Berapa ramai pendakwah yang lantang berkata, tapi berapa ramai dari yang lantang itu beribadah demi taqarrub ila Allah?. Kemudian sampai satu sesi bengkel, perbincangan situasi masalah yang ditimbulkan. Saya diminta membagi sedikit taujih [pengisian] kat ahli kumpulan saya.
Bila mulut saya mula cakap, saya dapat rasa semacam. Macam kelibat amalan saya berdiri dalam kalangan mereka. Dan melihat saya sambil menggeleng-geleng. "Kau tak cukup amal untuk membolehkan kata-kata kau menyentuh hati diorang".
Saya rasa macam mahu nanges waktu tu. Allah, tipisnya amalku.

Tukar topik, saya berjumpa dengan Akhi Baihaqi dalam program. Dia kata, tertarik dengan cara pembawakan saya dalam blog. Tambah pula, baru-baru ni saya dapat messege dalam Muka Buku dari seseorang yang juga meminati satu bahagian daripada entri saya. Tapi, ada juga komen yang datang menyedihkan hati saya.

Membuka minda, kadang saya terfikir untuk mengurangkan penggunaan ayat Quran dan Hadith. Supaya saya tidak biadap dengan ilmu Allah. Terasa macam saya mengheret Al-Quran dan Hadith untuk menyokong hujah saya semata.

Saya harap saya mengingati ini sehinggalah saya memegang sijil ijaza, master ataupun sehingga PhD.
Sekian diri yang serba hina.
Si Penyusun Kasut~

0 comments:

Sups Keraip!