Ahad, November 20, 2011

dua pilihan, anda PILIH MANA?

Lama tak menulis ya.
Naqib saya once believes kunci kegeniusan tarletak pada qiamullail. Saya juga percaya.
Maka malam ini, syukur saya dapat bangun qiamullail lagi.
Buka mata, teringat pada Allah. Allah, rindunya pada tikar sejadah kuning saya.

[Cokelat cadbury]

Bukankah jika anda juga bangun qiamullail, menjadikan hari anda lebih ceria? [kredit stail ayat Makcik Zabrina A. Bakar]



Tidak ingat di mana saya dengarkan ini, tapi udara pagi sebelum fajar muncul terkandung molekul yang menjadikan otak kita osem. Dan molekul terampai ini hilang sebaik sahaja terkena pancharan fajar sadik, arti lainnya subuh. Padanlah antara sunnah Nabi dalam qiamullail, bersolat, baca quran dan melihat langit. Bila kita lihat langit, secara tak langsung kita mendedahkan diri kepada udara pagi yang terkandung molekul terampai itu. Okeh, let's go on....

Dalam sesi bulatan gembira [usrah] saya tempoh hari di Masjid Besi, sahabat saya memberi tazkirah. Tajuk asalnya tafsir, saya teringat seperkara yang menyebabkan berfikir panjang. A part of the tazkirah. Akhi Syakiq kata [kredit Khairil].

Kita akan ada di antara dua sahaja. Kita jadi umat yang mengganti atau diganti?

Kapsi *caption* nampak sepotong ayat dalam quran di minda [al-Ma'idah 5:54]. Saya fikir panjang, sungguh. Terfikir kenapa kadang rasa tidak puas hati itu muncul?. Rupanya kerana inilah. Sesiapa aje yang ada kelebihan atau kebolehan, tapi tak manfaatkan ke tempat yang betul, tidak memberikan sedikitpun keuntungan. Tarak huntung maa!.


Jangan salahkan orang baru ada qualification atau tak. Salahkan diri sendiri. Biasanyapun terkena atas batang hidung sendiri. Tak kena hidung, hempap kat dahi.


Kita memilih untuk jadi yang mana. Biar kita jadi pengganti pada yang diganti. Jangan harap bila dah diganti, baru nak menonong. Yang penting isinya amalan soleh dengan tuhan.

0 comments:

Sups Keraip!