Isnin, November 21, 2011

~ Bersatu Teguh, Bercerai Roboh ~

Pernahkah anda terfikir, jika kita sombong apa yang akan terjadi. Mungkin selama ini kita sering mendengar pepatah "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh". Tetapi tidak ramai yang mengetahui & memahami dengan sebenarnya. Cuba bayangkan anda berada di dalam situasi ini :

Terdapatlah seDaulah Bongkah Ais yang sejuk membeku. Semua molekul di dalam bongkah ais itu hidup dalam keadaan sejahtera, harmoni dan bersatu padu. Suatu hari, seorang pekerja mengangkat bongkah ais itu. Oleh kerana molekul di dalamnya berpadu bersama, bongkah itu tidak terlerai. Kemudian, pekerja itu meletakkan Daulah Bongkah Ais itu dipanas terik.


Oleh kerana cahaya matahari memberikan setiap satu molekul tenaga, molekul-molekul di dalam Daulah itu mulai berjauhan antara satu dengan yang lain. Pabila semua molekul-molekul mendapat tenaga, mereka semakin aktif dan mulai sombong antara satu dengan yang lain. Bongkah ais sudahpun mencair. Sampai ke satu tahap, semua molekul amat bertenaga dan bertukar menjadi wap. Mereka semakin sombang dan merasakan diri mereka sudah mampu hidup sendiri.


" Aku bisa hidup sendiri.. Jangan sesiapa berani membantu aku dan aku juga tidak akan membantu kalian.. ", kata Molekul 1 dengan sombong." Siapa yang yang tergamak ingin membantu kamu ?!!.. Aku juga tidak tergamak hendak memohon bantuan kamu !!.. ", Molekul 2 membalas balik dengan kesombongan.

Akhirnya semua molekul berpisah menjadi wap air.


Namun, Allah Maha Berkuasa. Langit tiba-tiba mendung. Tenaga yang diperoleh oleh semua molekul mulai menghilang dan perlahan-lahan membentuk titisan air kembali. Jatuh ke bumi dalam bentuk hujan. bukan itu sahaja, sewaktu di udara, molekul-molekul yang sombong telah bergabung secara paksa dengan asap-asap daripada kilang perindustrian. Mereka semuanya menjadi kotor dan tercemar. Setelah jatuh ke bumi mereka bercantum pula dengan lopak-lopak air dan menjadi semakin kotor. Kemudian, perlahan-lahan molekul-molekul yang sombong itu mengalir ke longkang.


Akirnya, kesemua molekul menjadi tercemar, kotor dan busuk. Mereka menyesal namun tiada berguna semua kekesalan mereka.


Begitulah kisah molekul-molekul yang sombong. Hanya disebabkan kesombongan, mereka akhirnya tidak dapat lagi merasakan kehidupan harmoni seperti dahulu.

*Ini post lama sebenarnya [terjumpa dalam draft], jadi mungkin ada ayatnya yang skim mama cepat kaya skema*

0 comments:

Sups Keraip!