Isnin, Oktober 17, 2011

perumpamaan seorang DA'IE

Sekarang da di Terengganu.
Tercapai juga ya niat untuk ke mari.

Allahu bismik,
Macam berada di atas pencakar langit. Allahu akbar~, risaunya hati. Situsanaasi terasa semakin perlu di dalam waspadu *lebih padu* cakna. Setiap tata-tertib diri perlu dijaga. Macam ada saja yang menembak pandangan.

[Eiffel Tower]

Analogi seorang da'ie umpama berada di sebuah pencakar langit. Semakin dia dilihat tinggi, semakin hati berasa bimbang. Semakin tinggi arasnya berdiri, semakin gayat untuknya mengatur langkah. Sanggup untuk bertongkat atau sekalipun bersandar pada orang lain. Berasa diri sangat lemah walapun hanya untuk berdiri. Allahu Akbar~

Kita gimana ya? Sekuat mana gentarnya kita bila berada di hadapan manusia ramai?. Bezakah wirama jantung kita, degupnya lainkah?. Atau kita mampu berdiri dengan yakin, setegap bongkak yang tersemat di dada. Ke sebab kita teguh kerna kebenaran yang kita bawa dan kita laungkan?. Setahu saya ya, waktu pertama kali saya jejakkan kaki dalam sky bridge lutut menggeletar. Seriously, semacho manepun terburai jugak gayatnye *naseb baek time tu aku paling belakang, takder la orang perasan sangat*. Tapi nak kata waktu tu, takde tempat yang lebih melegakan melainkan baring atas lantai. Tapi, takkanlah nak buat gitu kan?.

Tapi inilah yang perlu semua rasakan benar-benar dalam hati. Semakin disanjung, semakin risau andai tersalah langkah. Kadang saya sendiri pun terlepas pandang soal ini. Makanya, mana yang sempat saya ingatkan. Mana yang tak sempat tu, sama-sama kita istighfar.
Sekian,
Raathibul Khazzthaa'....

0 comments:

Sups Keraip!