Khamis, September 22, 2011

JANGAN berdakwah [siri sartu]


:: PERHATIAN ::
kepada sesiapa yang dalam hati ada mengaku punyai ilmu islam, atau dalam bahasa mudah mengaku ustaz(zah) tolong baca

Saya tidak tahu apa yang mahu saya istilahkan kepada keinginan saya menulis entri ini, tapi yang saya tahu ada sesetengah perkara yang saya perlu lontarkan dari benak saya. Jadi apapun ada quest yang perlu dilaksana.


Belakangan ini, saya kerap terjumpa scene ustaz berlakon dalam muvi di TV. Tapi, menunjukkan ustaz yang bersikap memberi motiBASI. Memakai jubah, menggenggam tasbih, berkopiah, apatah lagi scene si ustaz tu asyik atas sejadah. Buka nak kata-kutuk, tapi itulah mentaliti yang terdoktrin di kotak minda masyarakat. Kaca televisi mempotretkan golongan ustaz seumpama, satu puak dari kalangan manusia.

Walhal kita menghirup udara yang sama, tersirap darah yang sama panas merahnya, degup jantungnya begitu dan begini. Sekarang saya mula melihat, munculnya manusia yang serba biasa. Kalau nak ikut ilmu, ada yang lebih tinggi berbanding ustaz yang berceramah di Tivi. Tapi, pakainya biasa saja idak berkopiah pun. Kadang berseluar jeans lagi tu.

1. Kita membuang peluang besar bila kita mu'ayasyah dengan masyarkat. Saya percaya, majoriti yang membaca punyai asas agama. *andai tidak, saya doakan anda diberikan ilmu oleh Allah. Tapi, bukan isu kita untuk beralasan  ilmu belum cukup untuk tidak menyantuni ummat dengan Islam. Katakanlah, kita terlalu sibuk mengikuti sunnah-sunnah yang furu' bukan?. Sunnah terbesar Nabi lesayangan kita adalah seruan ke jalan Allah. Sebab itu, sesetengah berkata dakwah itu Seni.

Manusia kebanyakan yang bermasalah bukanlah kerana nature atau instinct mereka yang memang begitu mahunya. Saya istilahkan di sini, mereka sebenarnya merajuk kerana kita-kita golongan berilmu agama, yang biasanya dipandang tinggi oleh masarakat tidak menyantuni mereka dengan kasih-sayang.
"Maka adalah sebuah rahmat engkau (Muhammad) bersikap lemah-lembut dengan mereka.."
Tak salah jika kita memberi senyuman kepada pembunuh anak kita sendiri [just a scene to make]. Terus terang, mereka sangat menyanjung tinggi akan kita jika kita dikenali sebagai orang yang banyak ilmu agama tapi sangat ramah untuk didekati [hehe, pasti ramai yang nak jadi adik angkat kalau macam ni]. Semua akan sayang. Meski bukan sayang mereka yang kita mahukan.

Mereka berhati fragile. Sangat lembut untuk terluka, sangat mudah terasa. Bukti secara psychology, mereka cuba menyembunyikan kesedihan hati dengan mencipta scene palsu gembira ala-ala sarkastik. Deep inside sangat berlawanan dengan kesedihan. Mereka tidak gemar digelar jahat, tapi just naughty-naughty je la. Dustalah, hati mana yang tidak gembira melihat orang tersenyum. Hati mana yang tak panas, bila orang marah pada kita.

Kita dah membuang peluang untuk mengubah masyarakat dengan sikap kita. Walaupun hukum arak akhirnya menjadi haram, tapi kenapa pensyari'atan makruhnya tidak dihapus?. Untuk kita ambil ibrah.

Katakan kita bertemu dengan sahabat baik kita yang lama, dia terus menjemput kita ke rumahnya [scene orang bujang]. Dia jamu kita dengan Peel Fresh, tapi dia tuang CarlsbĂ©rg untuk diri dia. Apa yang anda ingin katakan padanya bila dia mengangkat gelas berisi arak itu separas mata dan bertanya "Betulke hukum arak ni haram?..". Dan ketika ini, anda pasti jika anda katakan "Off course la haram..", dia pasti meneguk terus ke kerongkong hingga habis. Kemudian berkata "So what?", dengan kening double-jerk. Andai.

Jangan sengaja dilema, katakan saja tak. Bermain dengan hati. Dia pasti pelik dengan jawapan itu, tapi dia sangat berharap untuk difahami. Tersenyum tika katakanla "Arak tak haram, minum arak barulah haram..". Judge him innocently. Insha Allah, bila dikata begitu, dia serba salah untuk minum.

Bukan niat kita untuk  menafikan pengharaman arak etc. Tapi, matlamat kita untuk mencegah manusia dari melakukan perkara haram. No matter what, the thing must be done. Jangan lakukan serangan peribadi, tapi lakukanlah serangan saraf.

Udah dulu setakat ini ya, saya mahu sembahyang Asar.
SiPenyusunKasut~
Wassalam.

0 comments:

Sups Keraip!